11 Cara Menjaga Kesehatan Rahim Yang Harus Wanita Tahu

373 views


Rahim adalah aset penting bagi wanita. Bagi wanita yang dilahirkan sempurna dengan rahim, wajib menjaga aset penting ini sebaiknya. Rahim ni ibarat enjin bagi wanita. Jika baik Rahim, baiklah kesihatan badan wanita itu.

Bagi wanita yang pernah melahirkan. Semestinya terlebih penting untuk ambil kisah tentang penjagaan Rahim agar terus sihat.

Zaman moden sekarang ni berapa ramai wanita yang mengalami prolaps atau Rahim jatuh terutama selepas melahirkan.

Antara puncanya ialah selalu angkat barang berat, tak berpantang betul-betul, kurang buat senaman untuk Rahim seperti senaman kagel dan juga tak jaga pemakanan.

Cara-cara Menjaga Rahim

Pertama, waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara adik beradik perempuan.

Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor-faktor penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor-faktor penyebab yang timbul dari sekitaran.

Kedua, fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis.

Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal.

Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.

Ketiga, rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy).

Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim.

Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan. Diantaranya:

  • Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanker rahim
  • Ketumbuhan adenoma dan kanker payudara
  • Kemandulan dan sukar hamil
  • Perdarahan rahim
  • Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan. Sesetengah makanan seperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

Keempat, faktor yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi.

Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemukan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.

Kelima, penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan/immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah-buahan.Kena ajar anak-anak perempuan makan sayur dan buah lepas ni.

Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita.Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak perempuan.

Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan Ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.

Keenam, kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak-kanak dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods.

Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar disekolah, kolej dan universiti berasrama.

Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan.

Bermula disini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan.

Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon-hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

Ketujuh, remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.

Kedelapan, banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau ‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid.

Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.

Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melempah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit.

Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

Kesembilan, dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim.

Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca al-quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.

Kesepuluh, banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya nenas yang mengandungi enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim papase.

Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (anti kanker).

Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.

Perbanyak makan sayur-sayuran khususnya yang hijau seperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain.

Banyak makan buah-buahan saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.

Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang bolih mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

Kesebelas, perbanyak supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) ,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.

======

Hapus Bintik Hitam Di Wajahmu Selamanya Dengan Mudah Hanya Perlu 2 Bahan Dapur ini Saja

Pada dasarnya bawang putih merupakan bmbu dapur biasa yang seriig menjadi bagian dari makanan. Kandungan pada bawang putih ternyata juga dapata membunuh bakteri yang menjadi penyebab jerwat dengan sifat anti bakteri, antivirus dan antisepti.

Jadi kamu bisa menggunnakan bawang putih untuk mengatasi masalah padah wajah, yuk simak apasaja manfaat luar biasa dari bawang putih.

1. Mengurangi Kemunculan Komedo pada Wajah

Komedo merupakan masalah wajah yang sulit diatasi, komedo disebabkan oleh minyak pada wajah yang terlalu banyak.
Tapi kamu bisa mengatasi komedo kamu dengan bawang putih

Campurkan bawang putih yang sudah haus dengan 1 sendok gandum dan 2 tetes teatree oil, bisa kamu tambahkan sedikit madu dan air perasan lemon.

Setelah itu aplikasikan pada wajah yang berkomedo dan diamkan selama beberapa menit lalu bilas deggan air hanta.

2. Melawan Radikal Bebas dan Mencegah Penuaan Dini

Kandungan antioksidan pada bawang putih mampu menagkal radikal bebas serta mencegah panuaan dini, kamu jiga bisa bawang putih sebagai masker untuk mengangkat sel kulit mati.

Campurkan 4 siuang bawang putih yang sudah dihaluskan dengan 1 sendok youghurt,olskan pada wajah dan diamkan selama beberapa menit lalu bilas hingga bersih.

3. Memperkuat dan Mencegah Rambut Rontok

Bawang putih memiliki kandungan selenium yang dapat menutrisi rambut sehingga rambut menjadi kuat dan tidak mudah rontok.

4. Membantu Mengobati Jerawat di Kulit Wajah

Ternyata bawang putih juga dapat mengobati jerawat, karena kandungan antiinflamasi dan antimikroba yang kuat untuk membantu mengobati jerawat.

Caranya sangat sederhana, kamu hanya cukup memotong bawang putuh dan tekan untuk mengambil airnya, lalu oleskan pada wajah, diamkan selama 5 menit lalu bilas dengan ait dingin.

5. Menutup Pori-pori dan Membuat Kulit Terlihat Sehat

Pori-pori yang besar disebabkan produksi minyak yang berlebihan, serta terjadinya kerusakan pada kulit yang di akibatkan oleh paparan sinar matahari.

Untuk mengecilkan pori-pori kamu dan mengencangkan kulit, Cmpurkan 4 siung bawang putih dan sepatuh tomat, haluskan keduanya, lelu oleskan pada wajah selama 20 menit, setelah itu bilas dengan air hangat.

Tags: #6 bahaya air kelapa #cara menjaga kesehatan rahim #menjaga kesehatan rahim